Fenomena (1990) arahan Aziz M. Osman |
Fenomena mengisahkan
Isabella anak Mr. Howell, seorang Pengurus lombong besi di Bukit Besi,
Terengganu, telah mengidapi satu penyakit yang aneh ketika berusia setahun.
Pada suatu malam Isabella menangis tidak henti-henti hingga mendorong tukang
kebun mereka Labib yang juga dukun cuba mengubatinya. Serta merta Isabella
berhenti menangis dan segar seperti kanak-kanak sihat. Setelah 24 tahun
berlalu, Isabella yang kini sarjana di Universiti London dalam bidang pengajian
penyakit ganjil tersebut. Doktor-doktor di England berpendapat bahawa Isabella
hanya berpeluang hidup selama enam bulan lagi. Isabella tidak dapat menerima
hakikat itu dan berpendapat Labib mampu mengubati penyakitnya serta berazam
kembali ke Bukit Besi untuk menemuinya.
Aku tertarik dengan tema di dalam filem ini. Tema yang ingin ditonjolkan dalam filem fenomena ini ialah kritikan sosial terhadap
sesebuah masyarakat sendiri. Di dalam
filem fenomena, sekelompok ahli agama kelihatan tidak menyukai Isabella hanya
kerana terdapat perbezaan agama. Isu agama tidak sepatutnya dijadikan modal
berpolitik pada ketika itu. Seterusnya, minat yang terlalu
mendalam terhadap sesuatu perkara. Contohnya, Amy sangat menggemari muzik rock
sehingga akhirnya berjaya mencapai impiannya dan dapat melakukan konsert. Amy
bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan impiannya walaupun tidak disukai oleh
sekelompok orang kampung. Selain itu, Minat Isabella terhadap adat melayu juga
dapat dibuktikan apabila dia mendalami dan mempelajari mengenai Kesusateraan
Melayu ketika di Universiti London dan juga sanggup pulang ke Malaysia.
Tambahan dari itu, aku tertarik dengan isu yang ingin ditonjolkan oleh pengkarya dalam filem ini.Isu yang pertama adalah pergolakan dalam perbezaan budaya dan bangsa. Di dalam filem Fenomena jelas
berlaku pergolakan diantara orang-orang agama dan orang yang bukan beragama
islam(Isabella). Sewaktu, Isabella, serta Amy dan kumpulannya berada di
Terengganu, ada sekelompok lelaki yang tidak sukakan mereka. Berkopiah,
berserban, berbaju Melayu, dan bersarong, tak ubah seperti imej, ustaz-ustaz,
atau pelajar pondok. Mereka tidak senang akan kehadiran Isabella di kampung itu
kerana gadis dia gadis mat salleh, dan jelas mahu Wak Labib halau dia. Mereka
juga sanggup menuduh Isabella sebagai pelaku maksiat Bagi pendapat saya, apa yang ingin pengkarya
tonjolkan adalah agama islam itu haruslah seiring dengan zaman. Kita tidak
perlu melulu untuk membenci seseorang hanya kerana terdapat perbezaan. Isabella
yang berniat baik telah di salah faham niatnya hanya kerana dia berbeza agama
dan budaya. Pengkarya ingin menggambarkan pada ketika itu jika perbezaan agama
seakan-akan larangan bagi golongan tersebut untuk bertolak ansur kerana risau
akan pengaruh budaya barat. Pengkarya ingin menyatu padukan rakyat negara dan
memecahkan sebuah tembok yang menjadi penghalang dalam melahirkan rakyat
Malaysia yang harmoni.
Selain itu, isu dalam mengangkat ilmu perubatan tradisional orang islam. Pengkarya telah menggabungkan
unsur-unsur moden East-bertemu-Barat dan suntikan cerita yang dilengkapi lagu
rakyat Melayu iaitu (lagu 'Ulik Mayang') yang menggambarkan sebagai salah satu keindahan
Terengganu itu sendiri. Namun tidak dilupakan ilmu perubatan tradisionalitu
sendiri sebagai focus utama.Sebagai orang islam, kita sentiasa merujuk kepada
al-Quran jika berlaku sesuatu masalah. Wak Labib dapat mengubati Isabella
ketika dia masih bayi dengan membaca beberapa ayat- ayat al-quran dan selawat.
Pengkarya cuba menonjolkan kelebihan agama islam dalam merubat pelbagai
penyakit berbanding teknologi canggih yang ada pada zaman ini. Sehingga kini
juga, masyarakat lebih mempercayai dan bergantung kepada teknologi yang ada dan
tidak ingin mendalami ilmu perubatan tradisional sendiri.
Sebagai kesimpulan, secara keseluruhan aku menyukai filem ini. Masih aku teringat saat pensyarah pertama kali membuka filem ini di dalam kelas, aku agak terkejut kerana ia merupakan filem yang sangat lama namun apakan daya setelah melihat filem ini aku akan jatuh cinta. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
citer ni mmg best
ReplyDeleteJap aq confuse last sekali Issabela hidup kan?
DeleteCasinos Near Washington, DC – MapYRO
ReplyDeleteClosest Casino to Washington, DC 이천 출장마사지 · 사천 출장마사지 Hollywood Casino at Charles Town Races in Charles Town Races · 제주 출장샵 Hollywood Casino at 광양 출장마사지 Harrah's 진주 출장마사지 in Charles Town Races