Wacana Sasterawan Negara ke -14

Minggu ini aku sukar untuk mendapat ilham untuk diselingkan dalam blog mingguanku ini. Namun aku teringat akan satu wacana yang berlaku iaitu Wacana Sasterawan Negara Ke-14(YBhg. Dr. Siti Zainon Ismail) anjuran Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti  Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2 Oktober yang lalu. Dek kerana aku terlalu sibuk aku hampir terlupa untuk menulis mengenai wacana ini.



   YBhg. Dr Siti Zainon Ismail lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair dan pelukis Malaysia. Siti Zainon adalah kacukan keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua' berketurunan Acheh-Patanni.

Pemilihan budayawan dan penyair, Dr Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara (SN) ke-14, tepat berdasarkan sumbangannya menyuburkan sastera tanah air melangkaui ke luar negara.Setelah menelaah dan mencari maklumat di laman sesawang, difahamkan bahawa sejak tahun 1981, anugerah ini telah diberikan kepada 13 orang tokoh sastera seperti berikut: Keris Mas (1981), Shahnon Ahmad(1982), Usman Awang (1983), A.Samad Said (1985), Arena Wati (1987), Muhammad Hj Salleh (1991), Noordin Hassan (1993), Abdullah Hussain (1996), S Othman Kelantan (2003), Anwar Ridhwan (2009), Ahmad Khamal Abdullah (2011), Baha Zain (2013), dan Zurinah Hassan (2016)

Aku bersama rakan sekelasku yang lain telah dipilih oleh pensyarah kami iaitu Dr Kamariah untuk menjadi Usher atau "pengiring" kepada tetamu kehormat tersebut. Aku berasa sungguh gembira namun gementar kerana ia merupakan pengalaman pertama aku sebagai "pengiring" kepada seorang tetamu kehormat. Aku berasa bersyukur kerana Dr Siti Zainon merupakan seorang yang sangat baik dan sangat lembut dalam bertutur kata. Setiap perbuatan dan bait kata-kata beliau masih ku ingat sehingga kini.  Semuanya berjalan dengan sangat lancar pada hari tersebut.

    

Banyak perkara yang aku kagumi, banyak lagi yang aku pelajari.

       





No comments:

Post a Comment

Filem FENOMENA (1990)

Fenomena (1990)  arahan Aziz M. Osman                       Disebabkan aku merupakan seorang bekas pelajar daripada Fakulti File...