Macam mana kita boleh terkena jangkitan virus ni ?
"Faecal-oral route." Ia merupakan satu kaedah jangkitan bila mana makanan dan minuman yang kita makan adalah makanan yang tercemar. Selain itu adalah melalui Transmisi udara. Hal ini tercetus apabila seorang pesakit polio bersih atau batuk, virus tu boleh tersebar ke udara dengan efektif sebab antara tempat tinggal penyakit ini adalah di kerongkong atau tekak.
Organ mana virus polio ni akan menyerang ?
Yang pertama adalah usus. Kenapa usus ? Yeee betul. Sebab tadi salah satu cara jangkitan adalah melalui makanan yang tercemar. Jadinyaaaa bila orang tu makan makanan tercemar maka virus tu akan ke usus dan merebak di situ dengan jayanya.
Yang kedua adalah lymph node atau sistem limfatik manusia. Selepas ada diusus, dia akan diserap ke dalam saluran limfatik dan akan ganggu sistem imunisasi kita. Fungsi lymph node ni dia la yang akan supply imun kat badan bila sakit. Kalau kena kacau, maka kita akan cepat dapat penyakit. Yang terakhir adalah saraf. Virus polio ini dikhabarkan akan merosakkan sistem saraf badan kita. Tidak keseluruhan saraf tapi cukup untuk buat kita lumpuh.
Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan penyakit Polio ni daripada menjangkiti umat manusia. Antara nya adalah suntikan vaksin awal kanak kanak,pengasingan pesakit, disinfeksi, dan pendidikan kesihatan. Kat sini aku nak TEKANKAN DUA BENDA. Dari segi Suntikan Vaksin dan Pendidikan Kesihatan. Adalah amat penting untuk kita semua sebagai manusia yang waras akal fikiran nya untuk mendapatkan vaksin bagi mengelakkan penyakit ini menjangkiti diri kita. Di Malaysia, suntikan vaksin polio ni perlu diberikan kepada bayi yang baru lahir. Diberikan seawal umur 3 bulan.
Nama vaccine INI adalah Oral Polio Vaccine (OPV) dan Inactive Poliovirus Vaccine (IPV) |
sumber : KKM |
Pendidikan Kesihatan Adalah amat dan sangat la sangat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk ambil tahu tentang vaksin dan juga penyakit seperti ini. Bagi sesiapa yang ada ilmu pengetahuan atau apa apa mengenai kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarkan maklumat yang betul dan bermanfaat agar penyakit ini dapat dibendung.
Natijahnya, sayangi lah anak-anak anda, adik-adik kita, dan juga generasi akan datang supaya tidak terseksa daripada jangkitan penyakit seperti ini. Jangan disebabkan kebodohan sendiri memakan diri dan menyebabkan orang lain dapat tempias nya.
No comments:
Post a Comment