Filem FENOMENA (1990)



Image result for film fenomena
Fenomena (1990)
 arahan Aziz M. Osman
                    
 Disebabkan aku merupakan seorang bekas pelajar daripada Fakulti Filem, Teater dan Animasi, aku teringat dahulu kami sering didedahkan dengan pelbagai tontonan filem. Oleh kerana hal ini jugak aku mencitai dunia perfileman disamping teater. Harini aku terdetik untuk berkongsi sebuah filem yang pernah aku tonton dahulu. Filem yang aku pilih adalah filem yang bertajuk fenomena. Barisan pelakon adalah M. Nasir sebagai Azlan,Ramona Rahman sebagai Isabella Amy (Search) sebagai Suhaimi. 

Fenomena mengisahkan Isabella anak Mr. Howell, seorang Pengurus lombong besi di Bukit Besi, Terengganu, telah mengidapi satu penyakit yang aneh ketika berusia setahun. Pada suatu malam Isabella menangis tidak henti-henti hingga mendorong tukang kebun mereka Labib yang juga dukun cuba mengubatinya. Serta merta Isabella berhenti menangis dan segar seperti kanak-kanak sihat. Setelah 24 tahun berlalu, Isabella yang kini sarjana di Universiti London dalam bidang pengajian penyakit ganjil tersebut. Doktor-doktor di England berpendapat bahawa Isabella hanya berpeluang hidup selama enam bulan lagi. Isabella tidak dapat menerima hakikat itu dan berpendapat Labib mampu mengubati penyakitnya serta berazam kembali ke Bukit Besi untuk menemuinya.

      Aku tertarik dengan tema di dalam filem ini. Tema yang ingin ditonjolkan dalam filem fenomena ini ialah kritikan sosial terhadap sesebuah masyarakat  sendiri. Di dalam filem fenomena, sekelompok ahli agama kelihatan tidak menyukai Isabella hanya kerana terdapat perbezaan agama. Isu agama tidak sepatutnya dijadikan modal berpolitik pada ketika itu. Seterusnya, minat yang terlalu mendalam terhadap sesuatu perkara. Contohnya, Amy sangat menggemari muzik rock sehingga akhirnya berjaya mencapai impiannya dan dapat melakukan konsert. Amy bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan impiannya walaupun tidak disukai oleh sekelompok orang kampung. Selain itu, Minat Isabella terhadap adat melayu juga dapat dibuktikan apabila dia mendalami dan mempelajari mengenai Kesusateraan Melayu ketika di Universiti London dan juga sanggup pulang ke Malaysia.

     Tambahan dari itu, aku tertarik dengan isu yang ingin ditonjolkan oleh pengkarya dalam filem ini.Isu yang pertama adalah pergolakan dalam perbezaan budaya dan bangsa. Di dalam filem Fenomena jelas berlaku pergolakan diantara orang-orang agama dan orang yang bukan beragama islam(Isabella). Sewaktu, Isabella, serta Amy dan kumpulannya berada di Terengganu, ada sekelompok lelaki yang tidak sukakan mereka. Berkopiah, berserban, berbaju Melayu, dan bersarong, tak ubah seperti imej, ustaz-ustaz, atau pelajar pondok. Mereka tidak senang akan kehadiran Isabella di kampung itu kerana gadis dia gadis mat salleh, dan jelas mahu Wak Labib halau dia. Mereka juga sanggup menuduh Isabella sebagai pelaku maksiat  Bagi pendapat saya, apa yang ingin pengkarya tonjolkan adalah agama islam itu haruslah seiring dengan zaman. Kita tidak perlu melulu untuk membenci seseorang hanya kerana terdapat perbezaan. Isabella yang berniat baik telah di salah faham niatnya hanya kerana dia berbeza agama dan budaya. Pengkarya ingin menggambarkan pada ketika itu jika perbezaan agama seakan-akan larangan bagi golongan tersebut untuk bertolak ansur kerana risau akan pengaruh budaya barat. Pengkarya ingin menyatu padukan rakyat negara dan memecahkan sebuah tembok yang menjadi penghalang dalam melahirkan rakyat Malaysia yang harmoni.

        Selain itu, isu dalam mengangkat ilmu perubatan tradisional orang islam. Pengkarya telah menggabungkan unsur-unsur moden East-bertemu-Barat dan suntikan cerita yang dilengkapi lagu rakyat Melayu iaitu (lagu 'Ulik Mayang') yang menggambarkan sebagai salah satu keindahan Terengganu itu sendiri. Namun tidak dilupakan ilmu perubatan tradisionalitu sendiri sebagai focus utama.Sebagai orang islam, kita sentiasa merujuk kepada al-Quran jika berlaku sesuatu masalah. Wak Labib dapat mengubati Isabella ketika dia masih bayi dengan membaca beberapa ayat- ayat al-quran dan selawat. Pengkarya cuba menonjolkan kelebihan agama islam dalam merubat pelbagai penyakit berbanding teknologi canggih yang ada pada zaman ini. Sehingga kini juga, masyarakat lebih mempercayai dan bergantung kepada teknologi yang ada dan tidak ingin mendalami ilmu perubatan tradisional sendiri. 

           Sebagai kesimpulan, secara keseluruhan aku menyukai filem ini. Masih aku teringat saat pensyarah pertama kali membuka filem ini di dalam kelas, aku agak terkejut kerana ia merupakan filem yang sangat lama namun apakan daya setelah melihat filem ini aku akan jatuh cinta. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. 



ISU SEMASA- POLIO

Umum mengetahu bahawa sejak kebelakangan ini, banyak kisah mengenai isi "POLIO" ditimbulkan dalam negara kita, Malaysia. Aku dengan rendah dirinya tertarik untuk membuat sedikit kajian mengenai penyakit tersebut.  Nama panjangnya ialah Poliomyelitis atau Flaccid Paralysis. Ia merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus yang diberi nama Poliovirus.

 Macam mana kita boleh terkena jangkitan virus ni ?

"Faecal-oral route." Ia merupakan satu kaedah jangkitan bila mana makanan dan minuman yang kita makan adalah makanan yang tercemar. Selain itu adalah melalui Transmisi udara. Hal ini tercetus apabila seorang pesakit polio bersih atau batuk, virus tu boleh tersebar ke udara dengan efektif sebab antara tempat tinggal penyakit ini adalah di kerongkong atau tekak.


Organ mana virus polio ni akan menyerang ?

Yang pertama adalah usus. Kenapa usus ? Yeee betul. Sebab tadi salah satu cara jangkitan adalah melalui makanan yang tercemar. Jadinyaaaa bila orang tu makan makanan tercemar maka virus tu akan ke usus dan merebak di situ dengan jayanya.

Yang kedua adalah lymph node atau sistem limfatik manusia. Selepas ada diusus, dia akan diserap ke dalam saluran limfatik dan akan ganggu sistem imunisasi kita. Fungsi lymph node ni dia la yang akan supply imun kat badan bila sakit. Kalau kena kacau, maka kita akan cepat dapat penyakit. Yang terakhir adalah saraf. Virus polio ini dikhabarkan akan merosakkan sistem saraf badan kita. Tidak keseluruhan saraf tapi cukup untuk buat kita lumpuh.

 Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan penyakit Polio ni daripada menjangkiti umat manusia. Antara nya adalah suntikan vaksin awal kanak kanak,pengasingan pesakit, disinfeksi, dan pendidikan kesihatan. Kat sini aku nak TEKANKAN DUA BENDA. Dari segi Suntikan Vaksin dan Pendidikan Kesihatan. Adalah amat penting untuk kita semua sebagai manusia yang waras akal fikiran nya untuk mendapatkan vaksin bagi mengelakkan penyakit ini menjangkiti diri kita. Di Malaysia, suntikan vaksin polio ni perlu diberikan kepada bayi yang baru lahir. Diberikan seawal umur 3 bulan.

Nama vaccine INI adalah Oral Polio Vaccine (OPV) dan Inactive Poliovirus Vaccine (IPV)


 sumber : KKM

Pendidikan Kesihatan Adalah amat dan sangat la sangat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk ambil tahu tentang vaksin dan juga penyakit seperti ini. Bagi sesiapa yang ada ilmu pengetahuan atau apa apa mengenai kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarkan maklumat yang betul dan bermanfaat agar penyakit ini dapat dibendung.

Natijahnya, sayangi lah anak-anak anda, adik-adik kita, dan juga generasi akan datang supaya tidak terseksa daripada jangkitan penyakit seperti ini. Jangan disebabkan kebodohan sendiri memakan diri dan menyebabkan orang lain dapat tempias nya.





DIA




Mula aku mengenal cinta,
Ketika aku melihat dia,


Dia,
Tak semegah jejaka,
Pakai biasa biasa,
Cuma tak lokek senyum di mana mana,
Dari tarikh itu aku kenal dia,
Jejaka biasa bawa aura,

Jadi mengapa?
Ini cinta.


CORETAN RAWAK- AKU ANAK TEATER


 Aku merupakan seorang pemegang Diploma Teater di UITM. Teater adalah sesuatu yang aku perjuangkan dan merupakan minat aku yang paling mendalam. Di sana, aku sering dikelilingi dan didorong oleh rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dengan diriku. Namun di sini, aku berasa sungguh sedih kerana Teater ataupun "seni" kurang di angkat dan mendapat sokongan oleh kebanyakan orang terutama para pelajar. Aku cuma rindu. Rindu untuk membuat persembahan di atas pentas sekali lagi.

"MUTARI DE'TEATRU"

kau selamanya di hatiku..






Salam sayang, mantan rakan sekelas dan seperjuanganku. 




TRAUMA(SEBUAH MIMPI)




Menjelma dalam-dalam,
Perit peluh bertitip-titipan,
Akal cuba mencari faham,
Kenapa sebegini?

Tuhan semakin jiwa dirobek gulana,
Degupan jantung menderau serentak,
Aku dimana?
Khayalan! Ya, ia menyakitkan,

Dan,
Aku mencari susuk bernama realiti,
Biar tergolek keluar dari gelap yang palsu,
Hanya boneka!
Yang tak hidup tapi ada,
Palsu yang menakutkan aku,
Biar terkeluar,
Biar aku sedar bukan bahaya sedang memeluk dan membuai,
Kenyataan hanyalah sebuah palsu semata,
Mimpi yang bukan realiti.



Wacana Sasterawan Negara ke -14

Minggu ini aku sukar untuk mendapat ilham untuk diselingkan dalam blog mingguanku ini. Namun aku teringat akan satu wacana yang berlaku iaitu Wacana Sasterawan Negara Ke-14(YBhg. Dr. Siti Zainon Ismail) anjuran Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti  Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2 Oktober yang lalu. Dek kerana aku terlalu sibuk aku hampir terlupa untuk menulis mengenai wacana ini.



   YBhg. Dr Siti Zainon Ismail lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair dan pelukis Malaysia. Siti Zainon adalah kacukan keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua' berketurunan Acheh-Patanni.

Pemilihan budayawan dan penyair, Dr Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara (SN) ke-14, tepat berdasarkan sumbangannya menyuburkan sastera tanah air melangkaui ke luar negara.Setelah menelaah dan mencari maklumat di laman sesawang, difahamkan bahawa sejak tahun 1981, anugerah ini telah diberikan kepada 13 orang tokoh sastera seperti berikut: Keris Mas (1981), Shahnon Ahmad(1982), Usman Awang (1983), A.Samad Said (1985), Arena Wati (1987), Muhammad Hj Salleh (1991), Noordin Hassan (1993), Abdullah Hussain (1996), S Othman Kelantan (2003), Anwar Ridhwan (2009), Ahmad Khamal Abdullah (2011), Baha Zain (2013), dan Zurinah Hassan (2016)

Aku bersama rakan sekelasku yang lain telah dipilih oleh pensyarah kami iaitu Dr Kamariah untuk menjadi Usher atau "pengiring" kepada tetamu kehormat tersebut. Aku berasa sungguh gembira namun gementar kerana ia merupakan pengalaman pertama aku sebagai "pengiring" kepada seorang tetamu kehormat. Aku berasa bersyukur kerana Dr Siti Zainon merupakan seorang yang sangat baik dan sangat lembut dalam bertutur kata. Setiap perbuatan dan bait kata-kata beliau masih ku ingat sehingga kini.  Semuanya berjalan dengan sangat lancar pada hari tersebut.

    

Banyak perkara yang aku kagumi, banyak lagi yang aku pelajari.

       





KELAS (PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF)


Assalamualaikum, blog ini saya terbitkan kerana merupakan  ia sebahagian  daripada tugasan saya untuk kursus:

BBK3410-2: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF(CREATIVE EXPRESSION).

KURSUS INI MEMBERI PENEKANAN PADA DEFINISI DAN KONSEP, PENGHAYATAN DAN PENILAIAN DARI ASPEK LUARAN DAN DALAMAN BERASASKAN KARYA ASLI DAN TERJEMAHAN YANG CEMERLANG. KURSUS INI JUGA MERANGKUMI PENGLAHIRAN BAKAT DALAM PELBAGAI GENRE.


Tugasan kami terbahagi kepada 3 iaitu:




TUGASAN 1

PELAJAR PERLU MENYEDIAKAN LAPORAN TENTANG WACANA SASTERAWAN NEGARA DR SITI ZAINON ISMAIL. LAPORAN TERSEBUT MEMPERIHALKAN TENTANG BAGAIMANA WACANA YANG DIHADIRI DAPAT MEMBERIKAN ILHAM KEPADA PARA PELAJAR UNTUK MENGHASILKAN KARYA KREATIF, SEPERTI CERPEN DAN PUISI.
LAPORAN MESTILAH LENGKAP DENGAN EJAAN YANG SEMPURNA, DAN GARAPAN AYAT YANG JELAS DAN BETUL BESERTA DENGAN DOKUMEN SOKONGAN SEPERTI FOTO YANG BERKENAAN DENGAN MAJLIS YANG DIJALANKAN.

TUGASAN 2

PELAJAR PERLU MENYEMPURNAKAN:
1. DUA BUAH CERPEN, TEMA DIFOKUSKAN TERHADAP WARISAN BUDAYA MELAYU, SEPERTI BUDAYA MAKANAN, PAKAIAN, SENIBINA, PERMAINAN TRADISONAL, SENI TEKSTIL (SONGKET, BATIK) DAN LAIN-LAIN. TEMA LAIN SEPERTI ALAM SEKITAR DAN SEJARAH BANGSA.
2. LIMA BUAH PUISI, FOKUS KEPADA SAJAK (MODEN) DAN PANTUN (TRADISIONAL), TEMA BEBAS, NAMUN TUMPUAN TERHADAP ALAM SEKITAR, DAN ISU-ISU SEMASA DENGAN GARAPAN BAHASA YANG INDAH.
MARKAH CERPEN (30)
MARKAH PUISI (10)

TUGASAN 3

1) MELAKUKAN PERSEMBAHAN DI MAJLIS PROGRAM PESTA MAKANAN TRADISIONAL, ATAU MEMBUAT LAPORAN TERHADAP PROGRAM TERBABIT (10 MARKAH)
2) TULISAN DI BLOG PERIBADI PELAJAR, YANG MENGANDUNGI 14 ENTRI (MEWAKILI 14 MINGGU KULIAH), DENGAN CATATAN TERHADAP PENGALAMAN KEMBARA, PENGALAMAN MEMBACA BUKU KHUSUSNYA BUKU SASTERA, PENGALAMAN MENIKMATI MAKANAN TRADISIONAL, PENGALAMAN BERADA DI KAMPUS SERDANG, PENGALAMAN MENGIKUTI KULIAH BBK3410 (PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF). SELAIN ITU, PELAJAR BOLEH JUGA MEMBERIKAN PANDANGAN TERHADAP ISU-ISU SEMASA DI TANAH AIR. TULISAN HENDAKLAH DENGAN GARAPAN BAHASA DAN GAYA BAHASA YANG INDAH, BETUL DAN TEPAT.  (10 MARKAH)

KAJIAN TENTANG "KESENIAN CUCUK SANGGUL SEBAGAI SENJATA BAGI WANITA ZAMAN DAHULU".-BAHAGIAN II

 Bertentangan dengan itu, "cucuk sanggul" juga telah digunakan sebagai senjata untuk kepentingan diri sendiri seperti untuk ilmu sihir. Fakta dan rujukan yang "cucuk sanggul" digunakan sebagai ilmu sihir boleh dirujuk dalam manuskrip yang berjudul "Syair Dang Sirat". Dang Sirat dikatakan telah menipu Sultan Johor dengan mengayunkan matanya agar kelihatan cantik, memakai pesona di rambutnya, yang "cucuk sanggul". Walau bagaimanapun, "daya tarikan" itu sendiri tidak berfungsi untuk masa yang lama apabila sesuatu telah berlaku dan telah diberitahu dalam Dalam Hikayat Johor dan Pahang (2005) bahawa

   Ketika Sultan Abdul Jalil berangkat ke Patani untuk menemui adindanya Tun Zainal Abidin yang dijadikan anak anqkat oleh Raja Patani, Nang Chayang. Ketika berada di Patani Sultan Abdul Jalil telah berkahwin dengan Nang Chayang. Dalam pada itu di istana Patani ada seorang penyanyi yang suaranya sangat merdu bernama Dang Sirat. Sultan Abdul Jalil jatuh asyik kepada Dang Sirat. Pada suatu hari Dang Sirat di bawa bergajah oleh Sultan Abdul Jalil ke darat Patani. Dalam perjalanan tersebut penyucut sanggul(cucuk sanggul) yang merupakan azimat atau tangkal Dang Sirat telah tersanqkut ranting kayu dan jatuh. Sultan Abdul Jalil telah terpandang Dang Sirat dan mendapati rupanya bertukar menjadi huduh.

Berdasarkan kisah Dang Sirat ini, penggunaan "cucuk sanggul" telah disalahgunakan untuk menjadi senjata yang digunakan ke arah pihak yang jahat. Kebanyakan orang yang mengamalkan ilmu sihir sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak mereka sendiri.

 Sebagai kesimpulan, seni dan warisan "cucuk sanggul" sebagai senjata wanita Melayu bekerja di sisi yang baik dan buruk. Kembali pada zaman ini, sesetengah wanita menggunakannya sebagai pertahanan diri dan sebagai kepentingan diri sendiri. Spek utama adalah dari aspek luaran yang kelihatan cantik tetapi mempunyai banyak muslihat adalah alasan mengapa wanita membuatnya sebagai senjata. "Cucuk sanggul" berjaya menipu orang dan menjadi cara lain untuk melindungi wanita pada zaman purba. Seni dan warisan "cucuk sanggul" yang terbukti masih digunakan oleh wanita hari ini. "Cucuk sanggul" memainkan peranan sebagai senjata wanita pada zaman purba sebagai simbol perisai muktamad. Seni dan warisan membantu dalam membina kesedaran sejarah. Dengan mengetahui sejarah seperti cerita Dang Sirat dan Puteri Saadong, kita harus belajar pelajaran dari masa lalu dan membentuk masa depan yang lebih baik di dunia moden.



RUJUKAN
A Hamid Rahimah(2015) Keakrifan Tempatan, Pandainya Melayu Dalam Karya Sastera

Mark Edward Cody, GM Ray Dionaldo (2005), Filipino Combat Systems: An Introduction to An Ancient Art For Modern Times

Traditional Malaysian Jewellery(2008), Mohd Kassim Haji Ali

Hikayat Johor Serta Pahang (2005), Siti Hawa Haji Salleh

Abdul Latip Talib(2011) Tok Janggut.




KONSEP TARIAN(KONTEMPORARI): SUHAIMI MAGI


KONSEP TARIAN

Suhaimi Magi adalah diantara penari dan koreografer yang mempunyai pendekatan sendiri mengenai tarian kontemporari. Suhaimi Magi merupakan seseorang yang berasal dari Sabah yang berketurunan Jawa dan Banjar. Disebabkan oleh itu, beliau sering menghasilkan karya berdasarkan tari etnik Sabah dan Sarawak. Selain itu, koreografi dan karya beliau juga menitik beratkan kosep menghormati alam, budaya, dan konsep kewujudan daripada fahaman Islam.
Beliau telah menunjukan minat semenjak kecil lagi iaitu seawal umur 7 hingga 10 tahun. Ketika itu, beliau melihat sesuatu yang dipanggil “berdendang”. Berdendang itu berjoget yang biasanya akan di adakan di acara perkahwinan di mana akan ada seorang pemain biola dan sebuah tambur digunakan untuk memeriahkan acara. Biasanya berdendang diadakan pada waktu malam hari selepas magrib dan makan malam, meja yang diperbuat dari papan akan dibuka untuk di jadikan ruang berdendang. Maka, ramai lah orang kampung menari dendang dan beliau akan memberanikan diri menari bersama di kalangan orang- orang dewasa.
Ketika beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang tarian di Institut Seni Jakarta, Indonesia, beliau telah melebarkan sayap dan menambahkan pengetahuan serta pengalaman dalam teknik dan stail tarian-tarian lain di Nusantara. Namun sehingga kini, fokus utama koreografi beliau adalah berlandaskan tarian etnik Sabah dan Sarawak seperti Sumazau dan Ngajat serta mengkhusus dalam tari Piring dari Minangkabau. Tambahan itu, kemahiran  beliau adalah pada tarian tradisional dan rakyat Melayu seperti Zapin, Inang, Asli dan Joget.



KARYA TARI
1.      SEDARAH SETERU (2013,  RnD JKKN)
2.      PAUT (BENGKALIS INDONESIA)
3.      SUSUR (2012,ISTANA BUDAYA)

4.      BERASIK (1994,3RD INDONESIA ARTS FESTIVA,)
5.      SERKAM (KIDE ’95, FESTIVAL IN SEOUL, SOUTH KOREA)
6.      AKAR (BERSAMA DENGAN AIDA REDZA AND JOSEPH GONZALES, DANCE ON 97 FESTIVAL, HONG KONG)
7.      APUNG (ASIATRIJOGJA2014, INDONESIA)


8.      SRIKANDI (2011, PeTA Tari ASWARA)
9.      ENDANG KREATIF,GEDUK IBAN (2012,AMSTERDAM)
10.  “KUUUSKKKKKUUUKKTTTSSSUUUUTTTTT(PEMENTASAN TARI RINTIS 2013, DEWAN RESITAL, SPS, KOTA KINABALU)
·         Tarian kontemporari ini membawa erti kusut kerana sukar mencari titiknya, kusut untuk menemui jalan keluarnya, serta kusut untuk memahaminya.

KARYA TEATER
1.      RAJA BERSIONG (23&24 JANUARI 2008,DEWAN FILHARMONIK PETRONAS)
2.      MALANO VS TOK DUKUN (21 NOVEMBER2010,PANGGUNG EKSPERIMEN, ASWARA)

3.      BANGSAWAN PUTERI MAHARANI (6-8 OGOS 2010,PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR,)

KAJIAN TENTANG "KESENIAN CUCUK SANGGUL SEBAGAI SENJATA BAGI WANITA ZAMAN DAHULU". -BAHAGIAN I

Definisi seni dapat ditafsirkan sebagai makna atau kemampuan untuk menciptakan sebuah lukisan, arca, kaligrafi dan sangat besar sendirian. Menurut Kamus Bahasa dan Sastera Edisi Ketiga, (1997), seni adalah makna yang halus, kecil, halus, tipis dan halus. Sementara itu, warisan adalah sesuatu yang diwarisi dari generasi terdahulu. Ia adalah harta sebuah negara yang pernah dimiliki atau dimiliki oleh seseorang atau sekumpulan masyarakat atau manusia sejagat yang bertanggungjawab untuk perlindungan dan kemapanan kita. Seni warisan budaya termasuk adat, penulisan, seni rupa, seni kraf dan pelbagai seni kreatif dan seni pertunjukan. Ternyata sangat luas dalam skop. Terdapat begitu banyak jenis seni dan warisan seperti istilah aksesori dan kerajinan yang digunakan sejak zaman purba yang "tertunda", "dokoh" dan "cucuk sanggul".

"Cucuk sanggul" adalah salah satu aksesori penting untuk rambut yang digunakan oleh wanita Melayu dan Asia. Menurut Mohd Kassim (2008), wanita Melayu, Portugis, India dan Nyona (Selat yang lahir dari China) pernah mengamalkan kebiasaan menjaga gaya rambut mereka dengan hairpins. Terdapat banyak jenis roti atau kelainan, dan agama yang berbeza cenderung memiliki gaya dan nama mereka sendiri termasuk melintang di bahagian atas kepala, roti bertingkat, roti berganda dan lain-lain. Kebiasaannya, Nyonya akan menjaga rambut mereka hingga panjang pinggang. Rambut itu kemudian akan diikat ke dalam bun, diamankan oleh cincin rambut, dan beberapa dihiasi dengan bunga. 
 Sebagai seorang wanita, kita hidup dalam dunia penuh dengan ancaman luaran. Dalam sebuah kajian, yang diterbitkan dalam American Journal of Public Health, para penyelidik telah menemuramah 417 wanita di 67 tempat perlindungan perempuan yang telah dibunuh. Sesetengah wanita intim bahawa rakan kongsi telah menggunakan pistol terhadap mereka, biasanya mengancam untuk membunuh (71.4%) mereka. Kembali ke masa, tidak semua wanita terdedah dengan cara yang betul untuk pertahanan diri. Mereka juga tidak dibenarkan memegang senjata di tangan mereka. Pada zaman purba, wanita memakai "cucuk sanggul" di rambut mereka sebagai aksesori dan juga senjata yang dapat melindungi mereka.
Berdasarkan penyelidikan aku,cucuk sanggul dikaitkan dengan seni dan warisan, karena "cucuk sanggul" juga berfungsi sebagai senjata wanita malay terutama pada zaman dahulu. "Cucuk sanggul" bertindak sebagai senjata kerana faktor penampilan yang tampak seperti aksesori biasa, dapat memasukkan "kerambit", untuk melambangkan status dan sebagai senjata sihir. Selain itu, "cucuk sanggul" biasanya digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri tetapi ada wanita yang menggunakannya sebagai senjata untuk kepentingan diri sendiri.
Pertama sekali, penampilan "cucuk sanggul" yang mungkin kelihatan aksesori yang cantik sebenarnya bertindak sebagai senjata. Pada masa lalu, kebanyakan wanita Melayu teragak-agak untuk mempunyai rambut yang panjang dan mewah. Pada zaman purba itu, ia dianggap sebagai sifat feminin yang menarik yang mesti ada wanita. "Cucuk sanggul" digunakan untuk memegang rambut panjang mereka di atas kepala di belakang kepala mereka. Ia akan mempunyai lebih banyak rumuk cucuk sanggul pada majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan, untuk biasanya menghiasi pengantin selain itu, "cucuk sanggul" selalu digunakan sebagai aksesori untuk melengkapi tampilan. Aksesori yang melengkapkan penampilan Nyonya termasuk sarong batik, sepasang penyulam atau kasut roti, dan murah hati perhiasan peranakan (kerongsang, "cucuk sanggul", tali pinggang perak dan lain-lain) - Datin Seri, 2011. Dalam aspek luaran, penampilan "cucuk sanggul" bertindak sebagai fungsi untuk kelihatan seperti aksesori yang indah dan biasa yang dimuatkan oleh manusia dan rambutnya tidak mengharapkan ia dapat menjadi senjata.
Seterusnya, alasan yang membuat "cucuk sanggul" berfungsi sebagai senjata adalah kerana ia digunakan untuk membezakan dan melambangkan status sosial. Pada masa dahulu, penggunaan perhiasan peribadi dikatakan dapat mengukur pangkat, status atau kedudukan seseorang. Orang biasa dikatakan hanya menyematkan atau memakai "cucuk sanggul" yang terbuat dari kayu atau buluh. Sementara itu, istana raja akan memakai "cucuk sanggul" yang terbuat dari emas, perak dan tembaga dengan motif bunga dan pelbagai motif. "" Cucuk sanggul "digunakan oleh" inang "dan" dayang "istana sebagai sudu sederhana dan ringan, sementara kerajaan dirujuk sebagai" sanggul larat "dan" sanggul lintang "
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud di Melaka, hanya ahli keluarga diraja yang boleh memakai barang kemas emas. Seorang ahli elit yang memiliki barang kemas tidak dibenarkan memakainya atau menunjukkan sama sekali sehingga dia mendapat kebenaran atau beberapa gelaran khas "Sultan". Sebaik sahaja dia menerima gelaran itu, dia boleh memakai barang kemasnya dengan bebas dan selamanya, hak yang tidak boleh ditarik balik. Begitulah kehidupan di zaman dahulu. Orang biasa perlu berhati-hati tentang perhiasan peribadi.
      (Mohd Kassim, 2018)
Seterusnya, sebab utama yang membuat "cucuk sanggul" sebagai senjata adalah kerana wanita boleh memasukkan "kerambit". Di zaman dahulu, wanita "srikandi" menggunakan senjata pendek seperti kerambit atau "lawi ayam" sebagai "cucuk sanggul".
Ianya disimpan dan dipegang secara sembunyi dari penglihatan musuh. Biasanya, para pendekar akan menyimpan kerambit ini di dalam poket, menyelit kerambit disebalik bengkong (atau di sekitar pinggang yang sedikit belakang agar tersorok dari pandangan musuh), dan ada juga disimpan dalam kilasan kain sarung atau sampin. Bagi serikandi pula, kerambit (bersaiz kecil) disimpan di sebalik rambut yang dijadikan sebagai “cucuk sanggul”.
       (Azizan Ibrahim,2011)
Kebanyakan senjata Melayu di zaman kuno dirancang untuk menyerang, mempertahankan diri serta senjata yang ditujukan untuk keperluan harian seperti memburu dan sebagainya. Seperti kerambit yang merupakan senjata warisan kebudayaan yang berbengkalai, kecil, berbentuk pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Dari segi warisan dan sejarah yang diberitahu dari generasi ke generasi lain adalah tentang "cucuk sanggul", ada legenda yang berkaitan dengan "Hikayat Puteri Saadong". Puteri Saadong dikatakan telah menggunakan "cucuk sanggul" sebagai senjata ketika membunuh suaminya, Raja Abdullah sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdul Latip (2011) "Maka berlakulah persaduhan antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah kerana ketidaksetiaan pada cinta mereka. Akhirnya, Raja Abdullah mati ditikam dengan "cucuk sanggul" Puteri Saadong. "Sejarah ini telah menceritakan dan ini adalah cerita menyayat hati. Puteri Saadong telah membuktikan kebolehan "cucuk sanggul" dan walaupun dia seorang wanita lemah tetapi berjaya dan mempertahankan diri dan membuat "cucuk sanggul" sebagai senjata membunuh suaminya.








Filem FENOMENA (1990)

Fenomena (1990)  arahan Aziz M. Osman                       Disebabkan aku merupakan seorang bekas pelajar daripada Fakulti File...